Ikan Siakap Stim Ala Thai


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1/2 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 batang serai
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 2 inci halia
  • 1/4 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji limau kasturi
  • 2 helai daun limau purut  buang urat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan air Garam, 
  • Gula, Daun ketumbar, daun bawang


Cara-cara membuat :

1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daunketumbar/       bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 10- 15 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagilimau.
7.Hidang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuih Penyaram

Ayam Pansuh

Umai Ikan