Ayam kacang Gajus


                                                       
Bahan-Bahan
500gram isi ayam (potong dadu) - Saya potong 16, gaul garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak
100gram kacang gajus - Saya letak lebih kurang 40gm jer ikut stok yg tinggal
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gram halia muda(rancik halus)
1 tangkai bunga kantan(rancik halus) - Saya letak 2 tangkai sebab bunganya agak kecil
3 helai daun limau
100gram cili kering(potong 3)
1 batang serai(kisar halus)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Seasoning sos Maggi
1 sudu kecil gula


Cara - cara 
1.Masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum.
2.Masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
3.Masukan kacang gajus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam.
4.Apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula untuk menyedapkan lagi makanan.
5.Gunakan daun bawang sebagai hiasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuih Penyaram

Ayam Pansuh

Umai Ikan