Umai Ikan



Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 kg ikan pirang (ikan kuning yg bertulang)
  • 2 biji limau nipis = 4-5 biji limau kasturi. 
  • Sebiji bawang besar
  • 2 biji cili merah (dipotong kecil). Kalau suka pedas guna cili padi.
  • Garam & serbuk perasa secukup rasa.
  • 10 tangkai cili kering (dikisar @ diketuk)






Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kikis sisik ikan dan ambil isinya. Lebih elok guna pisau yang tajam sebab kita nak ambil isinya saja. Kira mcm nak buat fish fillet.
  2. Masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku kira-kira selama 10 minit. Jika nak asli lagi, isi ikan dijemur di tengah panas matahari. Ini dilakukan supaya isi ikan tidak basah & berlendir semasa proses menghiris kecil-kecil isinya.
  3. Isi ikan dihiris kecil-kecil mengikut selera sendiri sehingga habis kesemuanya.
  4. Gaul bersama garam & serbuk perisa secukup rasa.
  5. Perahkan air limau nipis ke atas campuran tadi. Pastikan ikan nampak keputihan (kira masak lah). Jangan terlalu masam kerana rasa ikan akan hilang.
  6. Masukkan cili yang sudah dikisar dan gaulkannya.
  7. Akhir sekali, masukkan cili merah@ cili padi yg dihiris kecil bersama bawang besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuih Penyaram

Ayam Pansuh