Laksa Sarawak


LAKSA Sarawak
juadah terkenal berasal 
dari Bumi Kenyalang.
Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.





Bahan-bahan untuk laksa sarawak: anggaran 6 orang makan

  • 200 gram pes laksa sarawak
  • Isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilogram udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Taugeh (dicelur)
  • Sedikit daun ketumbar (diracik)
  • Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
  • Kek ikan (dihiris nipis)
Cara-cara:
Sediakan 2 liter air dalam periuk dan jerangkan.
Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai dan rebus hingga udang masak.
Seterusnya toskan udang dan pastikan air rebusan tadi jangan dibuang sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan (boleh tambah air jika perlu).
Masukkan santan dan perasakan dengan garam serta sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi.
Hidangkan panas-panas. Untuk lebih sedap, masukkan sedikit sambal udang kering.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuih Penyaram

Ayam Pansuh

Umai Ikan