Kek Lapis Sarawak
Bahan-bahan :
- Gula Caster 200gram
- Telur - kuning 16 biji dan putih 7 biji
- Ovalette 1 Sudu besar
- Tepung Hong kong 280gram
- Horlicks 1 Sudu besar
- Butter 2 Ketul
- Susu pekat manis 2 sudu
Cara Memasak :
- Cara untuk buat lapisan dalam kek:
- Pukul Bahan B hingga sebati.
- Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke-2 masukkan pewarna merah & bahagian ke-3 masukkan pewarna kuning.
- Bakar bahagian pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bahagian ke-2 dan seterusnya bahagian ke-3. Buat 3 lapisan.
- Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitiga kecil-kecl atau segiempat sama. Biarkan dulu.
- Cara buat lapisan luar kek:
- Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
- Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
- Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
- Guna acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci.
Ulasan
Catat Ulasan