Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Ayam Pansuh

Imej
Bahan-bahan yang diperlukan 1.Buluh lemang bersaiz besar atau sederhana 2.Tempat membakar rujuk gambar di bawah 3.Satu ekor ayam ( Ayam tua ) 4.Pucuk Daun Ubi 5.Bunga Kantan 6.2 batang Serai 7.Sedikit Garam ( secukup rasa ) Cara-cara membuat / memasak : Pucuk Ubi Muda akan digosok bersama garam sehingga layu dan akan dijadikan penutup untuk Buluh nanti , anda boleh masukkan Daun Ubi juga ke dalam buluh . Potong ayam dalam bentuk kiub . Tumbukkan Serai , bawang putih dan merah serta halia (  Jangan hancurkan dengan pengisar anda perlu menumbuk dengan cara tradisional  ) Hiriskan Bunga Kantan. Masukkan ayam dan semua ramuan tadi berserta Pucuk Ubi kedalam Buluh ( gaulkan bersama ) Daun Ubi selebihnya digunakan sebagai Penutup untuk Buluh tadi.

Kuih Penyaram

Imej
 Resepi Penyaram Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 1/2 kilo tepung beras 100 gram gula apong 1 cawan kecil gula pasir Air 120ml ( Boleh tambah air lagi jika terlalu pekat) P/s : Campurkan semua bahan di atas dan biarkan semalaman untuk menghasilkan bunga tepi yang cantik. Cara-cara: Panaskan kuali dan minyak masak. Pastikan api pada kadar yang sederhana. Masukkan bahan di atas dan tunggu sehingga masak. Angkat dan boleh dihidang.

Biskut Tebaloi

Imej
Bahan-bahan: 2 biji telur 700 gm tepung sagu 1 kilo kelapa parut (yg dibuang kulit ari) 500 gm gula 40 gm tepung kunyit (pewarna) Pukul telur dan gula hingga kembang dan hancur. Masukkan nyiur, tepung sagu, tepung kunyit dan kuar rata dan sebati. Canai adunan diatas daun pisang nipis. Bakar kali pertama: bakar selama 4 - 5 minit dengan suhu 350 celcius (separuh masak) keluarkan dan potong ikut saiz yg digemari. Bakar kali kedua: bakar selama 15 minit dengan suhu 180 celcius (kalau belum 15 min dah masak, keluarkan saja dari oven) .

Ikan Siakap Stim ( Ala Thai )

Imej
Bahan-bahan yang diperlukan : 1/2 ekor ikan siakap sederhana besar 1 batang serai 1/2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 4 biji cili padi 2 inci halia 1/4 kiub pati ikan bilis 1 biji limau kasturi 2 helai daun limau purut  buang urat 1 sudu besar sos ikan 1/2 sudu besar kicap cair 1/2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan air Garam,  Gula, Daun ketumbar, daun bawang Cara-cara membuat : 1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu. 2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daunketumbar/       bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan. 3.Masukkan juga sedikit air. 4.Kukus dalam 10- 15 minit hingga ikan masak. 5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang. 6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagilimau. 7.Hidang

Ayam Kacang Gajus

Imej
                                                        Bahan-Bahan 500gram isi ayam (potong dadu) - Saya potong 16, gaul garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak 100gram kacang gajus - Saya letak lebih kurang 40gm jer ikut stok yg tinggal 5 ulas bawang kecil(kisar halus) 10 ulas bawang putih(kisar halus) 50 gram halia muda(rancik halus) 1 tangkai bunga kantan(rancik halus) - Saya letak 2 tangkai sebab bunganya agak kecil 3 helai daun limau 100gram cili kering(potong 3) 1 batang serai(kisar halus) 3 sudu besar sos cili 4 sudu besar sos tiram 1 sudu besar Seasoning sos Maggi 1 sudu kecil gula Cara - cara  1.Masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum. 2.Masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dengan bahan2 tadi. 3.Masukan kacang gajus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam. 4.Apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula untuk menyedapkan lagi makanan.

Umai Ikan

Imej
Bahan-bahan diperlukan: 1/2 kg ikan pirang (ikan kuning yg bertulang) 2 biji limau nipis = 4-5 biji limau kasturi.  Sebiji bawang besar 2 biji cili merah (dipotong kecil). Kalau suka pedas guna cili padi. Garam & serbuk perasa secukup rasa. 10 tangkai cili kering (dikisar @ diketuk) Cara menyediakan dan memasak: Kikis sisik ikan dan ambil isinya. Lebih elok guna pisau yang tajam sebab kita nak ambil isinya saja. Kira mcm nak buat fish fillet. Masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku kira-kira selama 10 minit. Jika nak asli lagi, isi ikan dijemur di tengah panas matahari. Ini dilakukan supaya isi ikan tidak basah & berlendir semasa proses menghiris kecil-kecil isinya. Isi ikan dihiris kecil-kecil mengikut selera sendiri sehingga habis kesemuanya. Gaul bersama garam & serbuk perisa secukup rasa. Perahkan air limau nipis ke atas campuran tadi. Pastikan ikan nampak keputihan (kira masak lah). Jangan terlalu masam kerana rasa ikan

Laksa Sarawak

Imej
LAKSA   Sarawak juadah terkenal berasal  dari Bumi Kenyalang. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.