Kek Lapis Sarawak




Bahan-bahan :


  1. Gula Caster 200gram
  2. Telur - kuning 16 biji dan putih 7 biji
  3. Ovalette 1 Sudu besar
  4. Tepung Hong kong 280gram
  5. Horlicks 1 Sudu besar
  6. Butter 2 Ketul
  7. Susu pekat manis 2 sudu

 Cara Memasak :


  1. Cara untuk buat lapisan dalam kek:
  2. Pukul Bahan B hingga sebati.
  3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke-2 masukkan pewarna merah & bahagian ke-3 masukkan pewarna kuning.
  5. Bakar bahagian pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bahagian ke-2 dan seterusnya bahagian ke-3. Buat 3 lapisan.
  6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitiga kecil-kecl atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  7. Cara buat lapisan luar kek:
  8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  11. Guna acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuih Penyaram

Ayam Pansuh

Umai Ikan